Saturday, September 30, 2017

Save me, korean drama review

Posted by Myfish is CoOL at 12:10 PM 0 comments
Baharu sahaja siap menonton kesemua episode drama korea terbaharu: Save me. pada mulanya aku menonton drama ni sebab pelakon lelaki utamanya ialah taecyeon 2 p.m. sepanjang pengalaman aku lakonan2 taecyeon agak menarik kerana drama2 yang dilakonkannya membawa genre yang berbeza daripada biasa. dan ternyata jangkaan aku tidak meleset untuk drama yang kali ini.
Save me, drama ni tiada langsung kisah cinta cinta atau fantasi( jikalau anda peminat setia drama goblin atau dots, mungkin anda kurang minat untuk menonton drama ini. tetapi jika anda peminat drama seperti defendant, signal or kill me heal me drama ini patut anda tonton!) . menariknya drama ini ianya mengupas tentang isu ajaran sesat yang merupakan isu yang biasa di dengar di mana2 sahaja. tentang Sang-mi, seorang wanita yang terperangkap secara tidak sengaja di dalam komuniti ini. desakan hidup menyebabkan keluarga Sang-mi kehilangan tempat tinggal dan hanya memiliki sebuah lori dan barang2 asas. Sang-mi beserta ibu bapa dan adik kembar lelakinya yang sering dibuli kerana kecacatannya terpaksa bergerak ke sebuah pekan ke sebuah pekan untuk bapanya mencari pekerjaan.
Akhirnya mereka berhenti di sebuah pekan Muji di mana di situ keluarga nya diberikan tempat tinggal di bangsal dan di situ juga merupakan tempat terletaknya sebuah gereja (Guseonwon) di atas bukit. pada asalnya gereja tersebut terlihat seperti gereja-gereja biasa, membantu dan membuat kerja amal. tetapi apa yang tidak dijangka bagaimana sebenarnya di sebalik operasi gereja tersebut terdapat pengamal2 nya menjadi taksub termasuklah bapa Sang-mi sendiri. Pada luaran terlihat tiada apa-apa yang pelik di geraja tersebut, sama seperti gereja-gereja lainnya.  Keadaan menjadi parah apabila adik sang-mi, iaitu sang jin bertindak membunuh diri akibat tidak tahan dibuli. Kematian Sang-jin sebenarnya di dorong oleh kata-kata Baek Jun-ki (ketua paderi) yang menyatakan bahawa sebuah kapal sedang menunggu dia untuk di bawa ke syurga selepas kematiannya). Sang-mi juga berasa kecewa apabila kawan lelaki sekolahnya di pekan tersebut  iaitu Sang-hwan tidak membantu dia ketika itu.
3 tahun berlalu dan Sang-mi masih lagi terperangkap di gereja itu dan ayahnya juga semakin taksub. di sini empat sekawan iaitu Sang-hwan, Dongcheol, Manhee dan Junghoon terjumpa Sang-mi semula dan Sang-hwan membuat keputusan untuk membantu Sang-mi melepaskan diri daripada cengkaman ketua paderi tersebut.
Jalan ceritanya mungkin biasa bagi anda tetapi garapan bagaimana keadaan sebenar yang menyebabkan orang tersesat dengan sesuatu ajaran boleh di peroleh daripada drama ini. Di mana tiada sesiapa pun yang mempercayai kata-kata Sang-mi, beribu-ribu kali dia dapat melarikan diri dari Gunseowon tetapi akhirnya dipulangkan semula oleh anggota polis bandar Muji kerana dikatakan dia dirasuk dan tidak dapat berfikir dengan waras. Padahal pada hakikatnya semua itu bohong. Di mana Sang-mi memberontak keseorangan dan menghadapi tekanan apabila tiada seorang pun yang mempercayainya apatah lagi menyelamatkannya. Di mana Sang-mi terpaksa bertahan di Gunseonwon untuk memastikan ibunya selamat setelah ibunya menjadi separuh gila apabila diberikan ubat secara salah oleh ahli-ahli Guseonwon  yang memberikan kemudaratan untuk ibunya berfikir secara waras. Di mana Sang-mi dipaksa untuk menikah dengan ketua paderi tersebut (spirit wedding) dan ayahnya sendiri tidak pernah mempertahankannya kerana terlalu taksub untuk ke syurga. Dan pelbagai konflik lain lagi yang membuat anda berasa geram, marah, dan tidak lojik untuk diterima tetapi inilah sebenarnya norma yang terjadi pada realitinya.
Anda boleh menyaksikan drama ini untuk melihat bagaimana hanya dengan sekelumit harapan memberi sinar kepada Sang-mi untuk membebaskan dirinya.





Monday, August 29, 2016

acano nak comeback ni???

Posted by Myfish is CoOL at 10:49 AM 0 comments
yoohooo!!!
dah 2 tahun ko tak update blog ni!
ni kira dah bersawang ke?
almaklumlah sekarang semua sibuk update dekat facebook je..
macam-macam yang jadi sepanjang 2 tahun ni.
sekarang ni pun update pakai handphone je huhuhu
try test try test
macam mana nak update gambar pakai handphone ni?aaaa

Sunday, June 22, 2014

Buat seorang sahabat...

Posted by Myfish is CoOL at 10:42 AM 0 comments
Kenangan Floria tahun2 lepas.. sedih jugak bile tahun ni tak dpt g sama2 ;(.. 
aku rindukan memori kita..
-aku rindukan saat kita lepak dekat mcD bangsar di lewat malam... duduk dkt 1 sudut membincangkan hal kehidupan, tibe2 kau nampak klcc kau kate mcm nmpak menara paris, aku gelak2 je time tu. tp lpas tu ble kite lepak lagi kite cari spot yg sama n aku betul2 nmpak mcm menara paris..

-aku rindukan saat bila kau first time bwk kete kau bwk slow 40km/h je. aku bising tapi kau kate kau bwk kete mmg tak blh lebih lbih dari tu sbb ko nervous. tapi beberapa bulan kemudian masa nak g exm kau antar aku time tu dah lambat kau bawak 110km/h dgn kete kancil lalu sebelah bas sampai aku rasa nak melayang n takot. tpi kau dgn yakin cakap itu normal. bila aku remind kau balik n sindir kau pasal 40km/h tu kite gelak sama2.

-aku rindukan saat aku kita mula2 kenal. aku pikirkan kau sombong. tapi lepas tu kau kwn terbaik aku... walaupun aku tukar keje time tu kita tetap berkawan dan bhubung. aku rindukan saat kita susah senang bersama2..

-aku rindukan saat kita nak sangat tengok movie 2012. balik keje tepat pukul 530, kite bergegas dekat pasar seni naik bas semata2 nak g mid valley nak tengok citer tu. tapi last2 tiket abes and kita tengok citer the christmas carol. 'good afternoon!'. beberapa tahun lpas tu kalau kite tgk christmas carol atau 2012 msti kau mesej aku sebab teringat kenangan kita..

-aku rindu saat aku tidur rumah kau.. kita bergosip bercakap tentang kehidupan hingga larut malam..time aku sedih kau telefon aku tanya aku okay ke tak, sampai kau tertidur2 mendengar luahan perasaan aku. bila aku sedih sangat and rasa lonely time tu aku ambil bas ke rumah kau.. setiap cerita aku semua kau tahu. setiap kisah aku aku luahkan pada kau..kita tidur sama, kita gelak sama2,,aku rindu saat tu..;(

-aku rindu saat kita tengok midnight movie. tapi kau banyak ajak aku tengok citer melayu walaupun aku kurang minat. tapi rupa2nya citer melayu ni besh, mcm kl gangster, hantu kak limah, karak. n yg kelakar lepas kita abes tengok movie mesti kita jadi pengulas tak bertauliah hihihi...mcm citer transformer, nape badan bumblebee bersih berkilat je bila jadi kete tapi bile jadi robot comot?

-aku rindu saat kita buat menda agak mengarut. tibe2 kau ajak aku g bukit ampang dgn kancil kau sebab tak pernah g situ. malam larut kita daki bukit dgn kancil. rasa nak melayang je kancil tu. tapi smpai gak. tapi taubat pastu taknak naik bukit ampang dgn kancil. time kau dan aku curious nak tahu di mana tapak KL TOWER. berpusing2 kita mencari. akhirnya kita sampai jgk dkt tapak tu.

-aku rindu saat kita hunter shopping raya dkt jalan TAR. aku rasa 2 tahun berturut2 kita g. kau selalu jadi pengulas fesyen aku..

-aku rindu smua saat2 tu.. kalau nak diikotkan banyak lagi kenangan kita.. aku sedih bila kau pindah kuantan... tapi aku tak dpt halang..

-dan sekarang, kita dah jumpa life kita, pasangan kita... aku sememangnya mendoakan kebahagiaan kau,dan jujurnya aku mula merasa semua itu hanya akan menjadi kenangan manis kita bersama. tapi jujurnya, aku RINDU saat2 itu... aku rindu kau... aku rindu nak bergelak ketawa dgn kau... aku rindu nak berborak panjang dgn kau.
.
SAHABAT, terima kasih atas kenangan2,,,,




Tuesday, May 13, 2014

Myfish wedding guest book

Posted by Myfish is CoOL at 3:55 AM 0 comments
Myfish now have a wedding guest book! yeay!
For the person that trust and order my handwork, thanks a lot because believe in me.

So, to who that want to place an order of my design feel free to PM me.
0133004732- fatim


enjoy the pic! 




floral pink yellow theme




Congratz!



Vintage theme

#Myfishphotoframe







Saturday, March 15, 2014

myfishonlineshopp business cards in action!

Posted by Myfish is CoOL at 12:25 PM 0 comments
salam hye semua... lama dah tak update blog aku ni .
nak memperkenalkan kad myfishonlineshopp! hihihi...





 okay tak?? tempah and order dekat rumet aku. jangan lupa lawati and like facebook myfishonlineshopp dan twitter

Thursday, December 19, 2013

Madah#5

Posted by Myfish is CoOL at 10:58 PM 0 comments

Sunday, December 15, 2013

Myfishonlineshopp dibuka sekarang!!!

Posted by Myfish is CoOL at 8:25 PM 0 comments
Dah lama aku tunggu masa nak launch kan online shop and jual hasil2 Quilling aku.
Alhamdulillah akhirnya aku dapat mula!

so ni la facebook Myfishonlineshopp 


ni pula twitter Myfishonlineshopp 


korang2 jangan lupa like taw! Kami sedia menerima tempahan berkaitan seni Quilling tak kira lah frame ke, 
Wedding guest Book ke, kad untuk dihantar pada kawan2 ke, birthday Cards ke etc. etc.
tema and warna boleh dipilih ikot kesesuaian yang korang nak. InsyaAllah akan diusahakan.

apa-apa boleh pm aku laju-laju hihihi
nak lagi laju? boleh msg or whatsapp aku di 0133004732 (fatim)



Myfish Photoframe

Myfish Photoframe


owh, selain tu aku ada jual Brooch set. so ayuh panjang2 kan tangan tuk mengklik di sini!
Ada bermacam-macam pilihan yang mengikut kesesuaian baju korang semua! 
jangan segan jangan malu untuk order! hihihi

okay Jom jamu mata sikit-sikit gambar di bawah, nak lebih lagi? Jom tengok kat Myfishonlineshopp

















 

Me Creez Daisy Tentang kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review