Sunday, November 4, 2012

Personaliti diri

Posted by Myfish is CoOL at 10:16 PM 0 comments

a) Personaliti Periang:
Seseorang yang periang akan mudah bergaul dgn orang lain dan bagi mereka bertemu dan bergaul dengan org lain itu adalah sumber kepada kebahagiaan dlm hidup. Mereka biasanya:
1. berasa selesa apabila berada dalam keramaian dan seronok bertemu dengan orang lain
2. lebih mudah berhubung dengan dunia luar berbanding dgn dunia dlm diri mrk sendiri atau berfikir dengan idea sendiri
3. lebih suka berbincang  dengan org lain dlm mencapai keputusan berbanding membuat keputusan sendiri
4. lebih banyak bercakap dari mendengar
5. berkebolehan menganalisis situasi baru dengan mudah
6. gemar dengan aktiviti keramaian seperti majlis makan, sukan, pesta dan lain-lain
7. Happy go lucky dan gemarkan muzik harmoni dan rancak

b) Personaliti Pendiam:
Bersifat:
1. lebih suka menyendiri
2. sanggup melakukan apa saja untuk menjayakan ssesuatu yang mereka sukai
3. mudah merasa diketepikan dalam keramaian
4. lebih suka memikir dan mencari penyelesaian untuk masalah  yang dihadapi secara bersendirian
5. menjadi pemerhati dan berfikir lama sebelum melibatkan diri dengan seseorang atau sesuatu
6. seorg pndengar yang baik, kurang gemar dipuji dan tidak suka berbual atau mencampuri hal orang lain

c) Personaliti Perasa:
Bersifat:
1. mahu jawapan yang pasti dan tepat
2. suka kerja yang berperaturan dan kerja yang mempunyai pulangan yang banyak
3. suka mengumpul banyak dan cukup maklumat sebelum bertindak
4. mementingkan fakta dan bukan teori serta tiada masalah berhadapan dengan perkara remeh temeh
5. lebih suka melakukan sesuatu dari hanya berfikir untuk melakukan sesuatu
6. kurang mempunyai firasat

d) Peramal
Sifatnya:
1. gemar melakukan banyak perkara dalam satu masa
2. selalu mempunyai jawapan yang sesuai untuk setiap persoalan dan bijak mengenalpasti peluang baru
3. tidak suka melakukan kerja yang remeh temeh
4. gemar belajar mengenai perkara yang baru tapi kurang menggunakan ilmu tersebut
5. sering memberi jawapan berbentuk umum
6. gemar kerja yang mencabar dan kurang gemar melakukan kerja yang sama sepanjang masa
7. banyak persoalan yang ditimbulkan dalam perbincangan
8. suka menguji kebolehan orang lain

e) Personaliti pemikir:
Bersifat:
1. mudah mengingat nombor berbanding dengan wajah dan nama orang
2. sering bertenang wpun dalam suasana yang menyebabkan orang lain panik
3. yang penting dia mestilah benar setiap masa
4. kadang-kadang kelihatan seperti orang yang keras hati dan mudah mengkritik
5. baik dalam merancang sebarang kerja dan mengurus kerja peribadi
6. suka melihat sesuatu dengan lebih mendalam sebelum membuat keputusan

f) Personaliti sensitif:
Bersifat:
1. sering mmbayangkan diri mereka dalam situasi yang dialami oleh orang lain. Lebih mudah simpati dengan perasaan,kehendak dan
kesukaan orang lain
2. dalam membuat keputusan sering bertanya sendiri apa yang saya rasa dan apa yg orang lain rasa dan bukan apa yang betul
3. suka menolong orang lain walaupun tahu mereka dipergunakan
4. tidak gemar menyampaikan berita buruk kepada orang lain
5. akan melakukan apa saja untuk tidak melukakan perasaan orang lain atau menimbulkan konflik dengan orang lain

Thursday, November 1, 2012

LAM BAT

Posted by Myfish is CoOL at 7:16 PM 0 comments
hmmmppph...pfffffff.....
ari ni ak terlambat bangun n pergi keje.
sekian.



Wednesday, October 24, 2012

Camno nak bezakan cinta, sayang, suka dan minat?

Posted by Myfish is CoOL at 9:47 PM 0 comments
Cinta - Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau buleh nak dia tahu.. dan kita sebuleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. (dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi.. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je)


Sayang - Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. (dalam erti lain : sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya)


Suka - Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu…(dalam erti lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita. Kita akan suruh dia diam sekirangnya keng kita dah nak pecah…)


Minat - Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya.(dalam erti lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan… )

Tetapi kita kena ingat bahawa tanpa minat , suka dan sayang kita tidak akan CINTA pada seseorang itu…


sumber: here

Ok ak pernah hadapi situasi mcam ni.adatla kan kadang2 konpius n nk berfeeling2.tp tak sure eh dia minat aku ke?ska aku ke? ke aku je yg minat?tp aku perasan 1 je.kalo kita suka kat seseorang ape je yg org tu buat kita akan pikir OH DIA BUAT UTK AKU. y?
kalo korang pn msti perasan situasi ni kan?
mase tu kalo laki/pmpm yg korg minat ade lalu dpn korang(padahal lalu nk g termenung kat jamban)
korang dah rse eh dia mcm saja je nk lalu dpn aku ni.hahhaha
lawak kot! teringt aku time2 aku skolah n blajar kat matrik dlu.minat org je aku sllu perhatikan.tp ak perasan laki ni kalo kita duk pndang dia dia blh tau ek?oh gosh!tibe2 aku teringat time aku form 4&5 aku minat budak ni  n selalu duk perhatikan dia.siap hari2 tulis diari tu! ade je la yg aku tulis psal dia konon bajek taknk lupakan kenangan terindah bersama(cewaHHHH)
pastu menda tu tahan bpe bulan je pas aku abes SPM.pas tu diari aku tu pon ntah ke mana hahaha.harap2 mak aku tak nampak diari tu kalo tak giler larh!hahahaha

tapi menda ni mmg natural la.mase tu ape je dia wat aku rase tuk aku. hah pastu lagi satu kalo kita dah suka sangat2 kat org tu pastu korang gaduh psangan korg tu lak curang banyak  tipu2 korg tapi korang sllu maafkan korang msti ade terpkir yang korg dah kena mandrem!hahaha.ade tak ? ade tak?

p/s: teringat kat ida.time tu msing2 citer kisah cinta n mmg pemikiran kitorg pn same.kna mandrem.pdahal ko yang cinta dia sgt!hahaha

Cinta...

Posted by Myfish is CoOL at 1:29 AM 0 comments
"apabila cinta,
1 kelembutan menutup 1000 kekasaran

apabila benci?

1 kekasaran menutup 1000 kelembutan..."








Non offense! bagi aku ni mmg natural tok korang kan? bile time syg tu smua ko tak nampak.apa2 dia buat ko trima.taaaapi cube bile ko dah sakit ?cinta dah kurang? melayang la jwbnye~

aku tak nafikan ni la penangan cinta.aku nak ceramah lebih2 pn tak boleh sbb korang yang bcinta korang yg rasa. tapi apa2 pn aku harap korang tak membelakangi Tuhan kita. dan selalu bersangka baik pada Tuhan.

p/s: tibe2 ayat ni kuar td dalam pale otak.

Tuesday, October 23, 2012

Peduli

Posted by Myfish is CoOL at 2:34 AM 0 comments

Ada aku peduli isteri dan anak2ku sudah makan atau belum...

Ada aku peduli jika isteriku tak sempat makan kerana sibuk melayan anak-anak....

Ada aku peduli jika isteriku masih di dapur menyediakan keperluan pagi esok ketika aku sedang berdengkur...

Ada aku peduli siapa yang membelikan sabun mandi, ubat gigi dan meletakkannya di dalam bilik aku bersiram....

Ada aku peduli dah berapa lama isteri aku begitu setia menggosok kain bajuku...

Ada aku peduli bagaimana layanan yg isteriku dambakan dari aku seorang suami...

Ada aku peduli apa perasaan isteriku bila aku pulang kerumah dengan wajah kusam dan masam....

Ada aku peduli adakah wang yang masih bersisa utk isteri dan anakku ketika aku hendak kepergian....

Ada aku peduli apa perasaan isteriku bila aku tidak pernah menelefonnya ketika aku bertugas di luar.....

Ada aku peduli berapa harga gincu jika isteriku ingin memerahkan bibir yang pudar ditelan masa....

Ada aku peduli bilakah kali terakhir aku menghadiahkan minyak wangi kepada isteriku...

Ada aku peduli bila kali terakhir aku membelikan pakaian utk wanita yg rela menjadi isteriku..menjadi ibu anak-anakku

Ada aku peduli kenapa isteriku terlelap bersama linangan airmata....

Ada aku peduli jika isteriku terjaga di tengah malam kerana dengkurku......dan aku terus nyenyak tidur dibuai mimpi indah seorang lelaki....



Tiba-tiba aku MENJADI PEDULI dan MENGAMBIL PEDULI



Ketika telefon isteriku berdering di malam hari...

Ketika isteriku mula belajar ber sms..dan berchatting...

Ketika isteriku kembali berhias seperti ketika aku mula jatuh hati padanya...

Ketika isteriku sanggup tidak makan malam kerana mahu menjaga badan

Ketika isteriku tidak meminta lagi aku menjadi imamnya....

Ketika isteriku memilih tidur bersama anak-anakku.....

Ketika dia tidak lagi mencium tanganku ketika aku hendak pergi ...


Ketika ini baru aku ingin bertanya kenapa isteriku dah tak peduli kat aku?


Sumber:
http://comatosewithbraindamage.blogspot.com/search?updated-max=2011-07-21T00:01:00%2B08:00&max-results=100&reverse-paginate=true

Monday, October 15, 2012

membuat keputusan..

Posted by Myfish is CoOL at 11:24 PM 0 comments
dalam hidup ni kadang kala kita harus mmbuat keputusan yang bijak...and jangan terdesak...
kerana keputusan itu akan mempengaruhi seluruh kehidupan kita..
dan minta lah pada Tuhan dalam mmbuat keputusan...jangan menyesal atas apa jua keputusan yang telah diambil kerana 
yang buruk itu daripada kita dan 
yang baik itu daripada Allah...


finally i got this!! SHREDDER!!

Posted by Myfish is CoOL at 7:12 AM 0 comments

did you see what is that?its a shredder u guys! i have been waiting this for a long time!wanna know its for what?watch out coz there is sumting biggers coming up next!

owh for those who interested to buy this shredder, i will give u the link where i'd bought this.its quite difficult coz need to import from china i think.T_T

but u  will satisfied for this!haha
 

Me Creez Daisy Tentang kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review