Thursday, July 19, 2012

Nape aku benci Webcam (WC)?

Posted by Myfish is CoOL at 12:02 AM 0 comments

Korang mesti pernah main chat kan?tak kisah la chat room ke ,zaman dulu2 miRC yang popular masuk kgchat tu. Kalau skrg pulak org pakai YM atau pun skype.
 Mungkin yg pakai hp tu ade system chat cam bbm n what’s up.pe2pon konsepnya tetap sama. Ckp sal chat ni aku selalu berYM.masuk chatroom cari2 kenalan. Tapi kalo masuk chat room sekarang ni dah lain dah..rasenya dah ramai org yg tk bermoral dalam tu! Yang niat untuk suka2 dan melucah. dan yang paling aku pantang orang yang mintak Webcam(WC)!
ok ,aku tau korg nk ckp aku ni ketinggalan zaman kan?ok aku tk kisah.tp aku rse WC ni tkde manfaat pon.kalo tkde pn aku rase idop je aku kat chatroom tu.Berikut adalah antara sebab2 ak tak suka WC:

  1. 1.       kalo nk sgt tgk muka aku shared je la pic kan.wat pe nak tunjuk wc dgn muka korg yang macam org tak mandi dgn selekeh tu. Pastu duduk pulak dalam bilik korg yg macam tunggang langgang tu.not nice OK.
  2. Orang yang ajak WC ni pada aku pandang rupa je.kwn tk ikhlas.nnt pas tgk muka kita (lg2 yang mcm orang tak mandi)  gerenti pastu dorang blah. Sdangkan bile ko letak gambar ko huduh sket je orang dah blah. Nampak sgt pandang rupe.
  3. Aurat. Ni lagi satu aku nak pesan.aku ni tkde la alim sangat kan, tp korang rase bgus ke ko tnjuk muka ko kat perempuan/lelaki yang bukan muhrim ko? Lebih2 lagi kalo yg bdua2. Tu kalau muka je beb.kalau ‘lain2’??? tettt…aku taknak cakap.pkir sendiri.
  4. “Aku jaga la.takkan aku nak wat menda tak baik menggunakan wc tu”.Ok fine. Tapi aku nak tnya kau beberapa soalan.adakah kau malaikat?kau kuat iman ke?kau blh tahan godaan hasutan syaitOn tak?berapa peratus?sila jwb soalan2 ni dulu dan pastikan nilainya mencapai 100 % baru kau blh pakai wc dgn senang hati.
  5. Wc disalahgunakan. Dulu2 aku rase aku raselah kan, wc ni orang cipta tuk yang duduk jauh2, kot teringat mak pak kita tapi tak dapat nak balik Mesia sebab duduk kat Over The Sea kononnya(Singapore je pon) so wc ni diciptakn tuk kite melepaskan rindu kat mak pak kita.atleast dpt tengok muka dorg sihat pun hati dah tenang.sob…sob..Sob…tapi skrg ni aku rase dah lain. Ramai yg guna wc untuk melepaskan rindu lain.rindu dendam.



So agak2 cukup ke reason2 aku?atleast lebih dr 5 kan? Dan aku kalau tgh2 chat tu orang tibe2 mintak wc mmg trus ilang mood aku. Rasa panas lak tibe2. 
So u guys pandai2 la korang pikir mana baik mana buruk k.bak orang kata elakkan lah diri dari perkara buruk andai dah tau diri tu tak kuat.

p/s: kalo rase nak chat add me at ym k… fatim_alizah@yahoo.com
jgn gatal2 ajak aku wc.aku fire kang.

Friday, July 13, 2012

Floria 2012: Bourgenvilla(betol ke aku eja ni??)

Posted by Myfish is CoOL at 12:34 AM 0 comments
7 hb hari tu aku and 2 orang kawan aku ida n fairus pergi Floria Putrajaya 2012
So petang jumaat tu aku dah siap2 tidur rumah Ida kat Bangsr sebab sok kitorang nak bertolak awal2 pagi
So kul 8 sok paginya kami bertolak.campur sesat - mesat semua nak tempuh jalan g Putrajaya tu dalam 840 pg jugakla kitorang sampai. sampai sana aku mcam tak rasa kemeriahan nya,cam suram jer,masuk2 pintu utama bunga pun macam kurang,,, tapi alang2 dah sampai ambil jugaklah gambar... ni aku tepek beberapa kepingan2 conrflakes.. adoi2doi pe ak mngarut ni?hihi


korang nampak? gaya aku yg bosan ni.?hahaha



ok.this is my bestie,Norida a.k.a Ida. bgaya tak  dia nak pergi taman bunga ni?haha,siap marah aku lagitu sebab pakai baju warna hitam! tapi aku cover cakap aku beli pashmina baru ni pon sbb nak nampak ceria. hahahaha



hihi..oleh kerana aku pakai bju hitam so aku tengok gmbar aku ni mcam aku kurus skit laks.hahaha=p
oo korang nak kate aku perasan ek? aku peduli ape.ssh kot aku nak dpt pujian orang kate ak dah kurus. sbb ape aku admit?sebab...sebab ida pun cakap aku dah kurus skit.hahahah..weyh nak dapat kata2 pujian dari minah  tu susah wooo



korang nampak ape yang aku nampak??? ROBIN HOOD, FIRAUN, ZORRO!!! OMG! aku pun tak tahu pe motif dorang ada kat situ. pastu duk mngusik dak kecik tu n bapak dorg yang baju putih tu.hahhaha.



mase first2 ambil gambar ni sebenarnya kabur. 
"ok dah ,bolehlah" cik ida cakap. aku konpius, dari raut muka dia aku tahu sangat minah ni bukan boleh pcaya.msti malas nak layan aku yang jadi model separuh masa ni.ahaks.
"tol ke ko ni?" aku bertanya penuh keraguan. ida sengih2. "ko amek balik!"
hihi..ble tengok2 semula mmg gmbar pertama tu spoilt.adake gmbr aku tk nampak.yg nampak jelas batang pokok tu je.



Owh hoi!!!! sekali cik Norida kita bposing cam pergi bercuti! msti ida marah aku letak gmbar ni tuk tatapan umum haha.sorry ida=p


ni Fairus.kawan tempat keje ida.














ni beberapa keping gambar bunga hasil kekratifan ida. ok gak la gmbar2 nya





aku ingin terbang  ke awan. 
rama2 boleh ke awan ke?haha


ok nak balik dah.jmpa lagi tahun depan!


so bagi aku tak sia2 jugak korang pergi Floria ni.ambil la pengalaman. nnti bila orang tnya pasal floria jangan korang tak tahu lak kan..


uppss...alamak.gambar mahal ni.bukan pe aku tgk time ni cik ida comel.haha.habis aku dia msti marah ni.=p



Thursday, July 12, 2012

Makan2: Seoul Garden

Posted by Myfish is CoOL at 10:52 PM 0 comments
Hari tu sempena farewell program internship aku and beberapa kwn satu departmetn aku g makan kat seoul garden. Area Kerinchi.ala yang dekat dengan stesen lrt kerinchi tu, mase tu dah alang2 aku dengar nama Seoul so aku ingt makan makanan korea la.tapi tk expect lak yg rupanya2 makan steamboat. ok never mind aku follow je as long as makan. dari pagi aku tahan perut. bajek nak kosongkan perotla kan sebab nak 'melantak' puas2 kat Seoul Garden tu. sakit kepala jangan cakap la,aku tahan lapor sampai migrain hihi.





Makanannya sedaplah jugak.puas kami melantak daging pelbagai rasa.cuma dia ade syarat,jangan membazir. 100g yang kite bazirkan akan di caj rm8 tak silap aku.so kami mkn pun dengan berhati2.ahaks

Cuma lagi!(berapa banyak cuma daa...) time nak bayar tu terkejut giler! ada ke harga RM47 satu kepala?! kitorg yang dah kekenyangan ni pn dengan redha nya membayar. sambil menyumpah2 dah la servis teruk. kata kat menu untuk dinner RM 38. memang tu la kali pertama n terakhir aku g cawangan tu! tapi aku tk tahu lah plak cawangan lain camne kan?kalo korang sanggup nak tanggung risiko pergila sekali. hehe.
aku?tobat taknak pergi situ dah.

Saye Ade Baju BAru...ahaks

Posted by Myfish is CoOL at 8:05 PM 0 comments



ok2 guys wanna inform u ari ni blog aku dah pakai baju baru k!
wane putih pink.ahaks. cian blog aku dah lame tak tukar baju.
bushukk mashammmm eyaksss geli kot aku cakap cmni.

neway enjoy k this blog. aku tau korg rindu aku kan?
hahaha. aduhh aku dah jadi makin perasan!

ok2 sebelum ak jadi lagi ngarut baik aku mintak diri dulu,
keje aku banyak ni.Assaalamualaikum

Tuesday, June 12, 2012

edit-edit gi kwang

Posted by Myfish is CoOL at 2:27 AM 0 comments


yang ni aku try megedit gambar menggunakan application snacktools.
ni Gi Kwang ahli kumpulan korea BEAST ok.
oooopps korang tak minat?tk pe aku tak pedulik.ade aku kisah?ahaks

Tuesday, May 29, 2012

Kuasa mekap!!!

Posted by Myfish is CoOL at 5:59 AM 0 comments
kali ni sesi lain cket aku nak update.hihi...sesi aku mgedik.boleh??
hahahah.aku tak peduli la korang nak cakap pe pon.sebab aku memang suka menggedik!ahaks
ni contoh aku punyer mekap.boleh dikatakan mekap smooky eye menjadi kegemaran aku la ni.sbb mekap ni boleh wat mata aku nampak bulat smpai ada orang kata aku ni matanya bulat.hahaha.
KUASA MEKAP!!!


HAHAHA tengokla mata aku yang bowlat tu.


kawan2 aku cakap gmbar mata aku ni menakotkan.hahahahha



ni gambar time aku nak pergi keje



hahahah nilak aku saje tepek mata anak sedara aku si kiki.aku mekapkan dia skit2.pandai dak ni posing



ololo...comel nya kiki masa kecik.gmbar tak clear sbb mase ni amek gmbr dengan kamera VGA.time ni teknologi tak maju lagi.so kal dpt ambil gambar tu pon dah bsyukur sangat2.


ni lak gambar dgn adam.adik si kiki.,adoi..rindu kat dorang.tapi apakan daya,,,,


so awk2 semua itu saja untuk hari ni,;)





Saturday, February 11, 2012

kecewa cinta

Posted by Myfish is CoOL at 4:05 AM 0 comments
Dah lama rasanya aku tak menaip di hujung blog ni..

Erm,,banyak sebenarnya yang nak diperkatakan tapi aku tak dapat nak meluahkan nya dalam bentuk perkataan. Hidup aku pun sekarang dalam proses penstabilan daripada segi kerja.jodoh?hurm..

Nak bercakap tentang jodoh ni kadang2 aku dah naik malas.macam2 yang  kena tempuh,kadang2 aku dah give up rase kalau hidup single tu lagi better.tapi siapalah aku nak berkata?setiap orang ada kelebihan dan kelemahannya sendiri.aku ada banyak cerita nak diutarakan.tapi aku rasa boleh ke kalau aku nak bcerita dekat sni?

Menjadi tatapan umum,adakah akan menyentuh perasaan orang lain?akan efek dengan kehidupan seharian kita tak?yer kena berani kalau dah bukak blog ni,tapi aku taknak menyalahgunakan fungsi blog.

Aku tak tahu pe persepsi aku pada lelaki,tapi sepanjang yang aku jmpa lelaki ni wat aku bosan dengan perangai dorang,kadang2 kalau aku ym aku update status2 yang camni lelaki2 di luar sna akan sakit hati.aku mintak maaflah kerana menyinggung perasaan2 laki2 semua tapi itu yang aku rasa.

Cuma ada seorang kawan aku ni nak membuktikan tak semua laki cam yang aku sangka,yes i know.thanks for your effort =)

Dan tak dinafikan sedikit sebanyak aku tahu masih ada lagi laki yang baik.mungkin salah satu nya adalah diri dia..tapi dah semakin pupus.betolkah?
Kepada yang dapat lelaki yang baik2 di luar sana syabas aku ucapkan,memang beruntung.tapi bagi perempuan,simpanlah sedikit kepercayaan dah kasih sayang tu untuk diri sendiri,kerana kita tak tahu apa yang akan jadi pada masa akan datang.
Langit ni tak selalunya cerah,dan awan tu tak selalunya mendung..

Cuma berhati-hati lah dalam berkawan.kita tak tahu niat sebenar orang tu.apa2 pun berserah pada Tuhan kita. Kerana Dia yang menentukan jalan hidup kita berkat doa dan usaha Insya Allah..aku Cuma tawakal..aku tak berani nak berkata apa kerana aku pun tahu diri aku bukan sesiapa..

Cinta ni memang subjektif,tak kira lah laki ke perempuan memang ada yang kecewa,pernah ada seorang kawan menangis meratapi kenapa kekasih hati berlaku curang sedangkan hatinya dah cukup setia?hurm...apa yang dapat aku katakan?aku hanya boleh memberi nasihat..tapi aku tahu kalau time orang bcinta nasihat tu ibarat telinga kanan msuk telinga kiri terus keluar..apa yang aku boleh cakap,tempulah rasa edih dan kesakitan itu,,sebab itulah kehidupan.

Ya,aku juga pernah kecewa,tapi aku bertabah menempuh kehidupan.kerana hanya itu yang boleh memulihkan kita,,so kepada guys2 and girls2 yang kecewa sana,tempuhlah kesedihan korang tu.chill ok?
 

Me Creez Daisy Tentang kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review