Pilih corak di bawah yang menggambarkan anda secara tepat/ paling hampir
Pakar psikologi telah mencipta corak2 tersebut. Mereka telah mengujinya di peringkat global, selama beberapa tahun. Terdapat 9 jenis personaliti asas
Jawapan:
Dah pilih? Kalau boleh janganlah mengelat ye. Pilih dulu baru baca review tau.
(Pilihan no gambar dari kiri ke kanan)
1- Introspektif, Sensitif, Reflektif
Anda dapat memahami diri dan persekitaran anda dengan lebih kerap dan mendalam
jika dibandingkan dengan kebanyakan orang lain. Anda bencikan kedangkalan; anda
lebih sanggup bersendirian berbanding dengan bercakap perkara remeh. Perhubunan
anda dengan rakan-rakan adalah amat intensif; ini memberikan harmoni dan
ketenangan dalaman yang mengakibatkan perasaan baik. Anda tidak keberatan
bersendirian bagi jangka masa yang panjang; anda jarang berasa bosan.
2- Berdikari, Tak Konvensional, Tak Tersangkut
Anda mengehendaki kehidupan bebas dan tak tersangkut untuk membenarkan anda
menentukan arah tuju sendiri. Anda mempunyai kecenderungan seni dalam pekerjaan
atau aktiviti riadah. Kadang kala, deskan anda untuk kebebasan menyebabkan anda
melakukan perkara yang bertentangan dengan apa yang dijangkakan daripada anda.
3- Dinamik, Aktif, Ekstrovert
Anda rela menerima risiko-risiko tertentu untuk mendapatkan kerja yang menarik
dan pelbagai. Sebaliknya, rutin berkecenderungan untuk meninggalkan kesan
lumpuh pada diri anda.
Anda suka sekali berupaya memainkan peranan aktif dalam peristiwa dalam hidup
anda. Dalam usaha anda yang berkenaan, inisiatif diri sangat nyata.
4- Terus Terang, Seimbang, Harmoni
Anda menghargai gaya natural dan suka perkara yang tak rumit. Orang lain
mengagumi anda kerana anda praktikal dan mereka boleh bergantung kepada anda.
Anda memberi orang yang rapat dengan anda rasa selamat dan kelapangan. Anda
dipersepsikan sebagai orang yang mesra dan insani. Anda menolak segala yang
menyilaukan dan lapuk. Anda berkecenderungan untuk berasa skeptik terhadap
kehendak trenda fesyen. Bagi anda, pakaian haruslah praktikal dan tampan tanpa
menonjol.
5- Profesional, Pragmatik, Yakin Diri
Anda menguasai hidup anda dengan lebih mempercayai usaha sendiri daripada nasib.
Anda menyelesaikan masalah dengan ragam yang praktikal dan tak rumit. Anda
memandang secara realistik unsur-unsur dalam hidup dan menanganinya tanpa
ragu-ragu. Anda diberi banyak tanggungjawab di tempat kerja kerana orang lain
boleh bergantung kepada anda.
Kekuatan azam anda yang menonjol menunjukkan sifat keyakinan diri kepada orang
lain. Anda tidak berpuas hati sepenuhnya sehingga anda telah mencapai idea-idea
anda.
6- Tenang, Berhati-hati, Tak Agresif
Anda mudah berbicara tetapi bersifat berhati-hati. Walaupun anda berkawan
dengan mudah anda menikmati persendirian dan kebebasan. Anda suka memencilkan
diri dari masa ke masa untuk merenung tentang erti hidup serta menikmati
sendirian diri. Anda memerlukan kelapangan, jadi anda berlepas ke tempat bersembunyi
yang permai. Namun, anda bukan penyendi. Anda berdamai dengan diri sendiri dan
dunia, serta anda menghargai hidup anda dan apa yang ditawarkan oleh dunia ini.
7- Tanpa Bimbang, Berkelakar, Riang
Anda suka hidup yang bebas dan spontan. Anda cuba menikmati hidup anda dengan
sepunuhnya mengikut motto: "Anda cuma hidup sekali."
Anda bersifat ingin tahu dan terbuka kepada segala yang baru; anda memajukan
diri atas perubahan. Tiada yang lebih buruk daripada rasa diikat. Anda
mengalami persekitaran sebagai sesuatu yang versatil dan sering menakjubkan.
8- Romantis, Pelamun, Beremosi
Anda seorang yang sensitif. Anda enggan memandang dari segi rasional dan waras
sahaja. Perasaan anda membawa erti yang sama penting. Anda berpendapat bahawa
harapan adalah penting dalam hidup.
Anda menolak orang yang mencaci romantisme dan hanya dipandukan oleh
rasionaliti. Anda tidak membenarkan sebarang kongkongan terhadap variasi
perasaan hati dan emosi anda.
9- Analitik, Amanah, Keyakinan Kendiri
Perasaan halus anda bermutu tinggi dan tahan lama. Akibatnya, anda suka
mengelilingi diri dengan "permata-permata" yang anda temui sendiri
apabila orang lain terlepas perhatian.
Justeru itu, kebudayaan memainkan peranan khas dalam hidup anda. Anda telah
menjumpai gaya peribadi sendiri, yang tampan dan ekskusif - serta bebas
daripada olahan fesyen. Kehidupan anda adalah berlandaskan ideal diri iaitu
kesukaan yang beradab. Anda menghargai sesuatu tahap kebudayaan daripada orang
yang anda berkawan.