Monday, October 31, 2011

bila kita jatuh cinta...

Posted by Myfish is CoOL at 9:55 AM 0 comments
Bila kita jatuh cinta pada seseorang, jangan menyiksa diri dengan menganggap bahawa cinta kita tak diterima.
Cinta itu tak pernah ditolak kerana, setiap insan memerlukan, menginginkan untuk dicintai.
Wujudkan cinta itu dengan memberikan sesuatu bukan mengharap harap akan sesuatu sebab, apa yang diberikan kerana cinta selalu datang pada hati kita disaat itu juga.
Kebahagiaan memberi jauh lebih sempurna dari pada kebahagiaan kerana menerima.
Tapi…lain bila kita menginginkan sesuatu yang kita cintai. Keinginan itulah yang memberikan pahit pahit yang menghiris dada…
Jangan menyiksa diri dengan menginginkan sesuatu….
Jangan sia kan cinta dengan beban yang berat mengharap mampu di pikul bahu.
Keinginan memiliki mungkin tak kesampaian…
Tapi…
Percayalah pada diri…
Selalunya cinta yang kita berikan seadanya
Takkan pernah bertepuk sebelah tangan..

teka tekiuk 2

Posted by Myfish is CoOL at 9:52 AM 0 comments
 Ha... cuba teka... .jgn pikir yang bukan-bukan tau!!!!!!!!!!!!!

1) Jilat-jilat bila dah basah baru cucuk, jilat-jilat bila dah basah baru cucuk

2) Banyak-banyak bas, bas apa yang pandai

3) Banyak-banyak mi, mi apa yang boleh makan ngan ais

4) Kenapa anjing kencing angkat sebelah kaki

5) Apa perbezaan lampu stadium ngan lampu bilik

6) Apa binatang, badan kecik macam semut tapi mata besar "bulb" mentol

7) Mana lagi tua, motorsikal ke kereta?

8) Kangkang peluk, kangkag peluk, bila dah dekat climax pegang buah

9) Ahmad bin Abu, kambing bin apa?

10) Bagaimana nak bezakan ikan betina ngan ikan jantan?

Jangan lihat jawapan nya dulu














































ini jawapannya:-

1) Masukkan benang dalam jarum

2) Bas sekolah lah, the only bas pegi sekolah

3) MILO AIS

4) Sebab kalau dia angkat dua kaki, dia jatuh sebab tulah dia angkat sebelah aje.

5) Lampu stadium kalau ada 'game' dia pasang, tapi kalau lampu bilik ada 'game' dia padam

6) Semut yang matanya BENGKAK

7) Motorsikal... ... sebab dia pakai tongkat

8) Panjat pokok kelapa

9) Kambing binATANG

10) Ikan betina - ikan duyung, ikan jantan - ikan bakar, mana ada pompuan nama BAKAR

Saturday, October 29, 2011

teka tekiuk**

Posted by Myfish is CoOL at 8:11 PM 0 comments
Kalau korang pandai math, 5 orang cina tolak 3 orang india , jadi
apa?
orang india tu jatuh lah....

Ada 3 biji limau kendian di bahagi kepada 3 bahagian..lepas tu di
bagi pulak pada 3 org..baper seorang dapat ?...kes kes kes kes korang mesti lemah IQ kan ..
jawapannya sorang dapat sebiji limau ler..sbb sama gak ko potong atau
tak...hehehhe mesti dapat sorang sebiji

benda apa kalau naik tak turun dah? jwpn dia umur la.ish...ish...

KENAPA TAYAR BELAKANG KENDERAAN SELALU BOTAK DAHULU DARIPADA TAYAR HADAPAN?


SEBABNYA IALAH DIA SELALU MEMIKIRKAN KENAPA DIA TIDAK DAPAT MEMECUT
TAYAR HADAPAN

Seorang pemandu teksi terkejut besar apabila dicuit oleh penumpangnya
dari belakang lantas memberi amaran supaya tidak melakukan dmikian lagi.
Katanya ini adalah hari pertama beliau memandu teksi setelah 30 tahun
jadi driver kereta jenazah... faham faham aje lah.

Ada sekor gajah dan sekor kancil,berjalan2 dalam hutan.Suatu
ketika,mereka terjumpa sebuah titi. Semasa kancil menaiki titi tersebut, titi
tersebut runtuh.Kancil telah patah kaki. Gajah pula patah.........
Gajah patah apa rasanya ya???? Gajah PATAH BALIK kot!

Dalam banyak banyak lembu,lembu apa yang semua petani cari, lembu yang hilang lah . kalau tak hilang siapa lah ada masa nak kisah pasal lembu.

Hidupan apa didalam laut paling tua. jawapannya udang sebab dia sudah bongkok dan
berjanggut..ha--ha--ha--ha--

Cube teka ye benda apa apabila kita berdiri dia baring, bila kita
baring dia berdiri.......?
jawapannye tapak kaki la......

Banyak2 ikan, ikan apa yang pemalu...
jawapan nyer :ikan sardin.sebab nyer dier duduk dlm tin..

ANDAIKATA ANDA TERJUMPA MAYAT MANUSIA DAN BANGKAI HAIWAN YANG MANA SATU
ANDA PERLU TUTUP DAHULU?
JAWAB..JAWAB JGN TAK JAWAB..DUA-DUA..SALAHLA.. TAK TAHU..TENTULAH HIDUNG..

APAKAH BENDA YANG KITA POTONG IA TETAP AKAN PANJANG?
HA JAWAPANYA MESTILAH KACANG PANJANG KAN. TAKKANLAH DAH POTONG KITA KENA PANGGIL KACANG PENDEK TAK SESUAI TAU. hehe..

 

cara menambat hati lelaki..

Posted by Myfish is CoOL at 11:06 AM 0 comments
artikel ni aku dapat dalam tenet..so just nak share dengankorang smua..

Bagaimana anda menambat hati lelaki, terutama kekasih atau suami sendiri? Manusia memang tidak mampu meneroka hati dan jiwa manusia. Namun anda boleh belajar mengenal mereka supaya kebahagian dapat dinikmati bersama. Apa sebenarnya yang harus anda lakukan untuk menambat hati lelaki?

Terima lelaki agar dia menerima anda
Mungkin tiada perkataan yang lebih sesuai untuk menyatakan ini selain ” Terimalah lelaki sebagai sediakala”. Terimalah dia sebagai lelaki. Yang penting untuk anda tahu ialah mengenai lelaki, dan bukan mengubah lelaki. Jika anda mahu mengubah personaliti lelaki yang menjadi kekasih atau suami anda, dia mungkin akan menjadi insan lain, yang mungkin tidak anda sukai dan tidak menyukai anda.

Fahamilah lelaki agar dia memahami anda
Cuba memahami perangai sedia ada pada sesorang lelaki yang menyesuaikan perangai itu dengan diri anda. Ianya adalah lebih baik dari cuba mengubahnya dan beranggapan bahawa ianya tidak sesuai dengan anda. Asalkan perangai itu tidak bertentangan dengan kehendak agama dan kesopanan budaya.
Dengan cara itu lelaki akan cuba memahami anda dan menyesuaikan dirinya dengan diri anda.

Berubah untuk menikmati perubahan
Sekiranya anda mahu mengubah perangai lelaki, malah perangai sesiapa pun, anda tidak akan mampu berbuat demikian kerana insan itu sendirilah yang akan mengubah perangainya jika dia mahu. Anda cuma boleh memujuk dan mempengaruhinya agar berpihak kepada anda. Anda sendiri perlulah sanggup berubah kepada perangai yang lebih baik untuk membolehkan seseorang lelaki berubah memperbaiki dirinya.

Sanggup memberi untuk menerima
Di atas segala-galanya, apa yang penting untuk anda lakukan ialah sanggup memberi lebih banyak berbanding apa yang anda terima daripada lelaki. Dengan itu, anda mungkin akan menerima lebih banyak daripada yang sanggup anda beri.

Percaya untuk dipercayai
Sekiranya anda tidak mempercayai lelaki, jangan anda mengharapkan lelaki itu mempercayai anda. Hidup ini meminta pada yang ada, memujuk pada yang sayang. Untuk membuat orang lain percaya kepada anda bukanlah perkara yang mudah. Bagi menyebabkan orang lain tidak percaya pada anda, bukan lah payah. Apabila lelaki sudah tidak percayakan anda, amat sukar pula untuk dia mengubah pendiriannya.

Menangkan lelaki untuk menang
Mengenal lelaki bukanlah untuk mengalahkan lelaki.
Dalam sebuah perkahwinan, sepatutnya sama-sama menag dalam semua aspek kehidupan. Dalam satu perkahwinan ada dua kuasa, pertama kuasa suami dan kedua kuasa isteri. Kuasa suami adalah memulakan dan menyuarakan. Kuasa isteri pula adalah sama ada bersetuju atau tidak. Sekiranya kedua-duanya menyalahgunakan kuasa, perkahwinan itu akan menjadi porak-peranda.

Sifat negatif akan membuah kesan negatif
Ramai wanita yang mencabar dan celupar terhadap lelaki atau suami sendiri. Ramai juga yang bersifat pendesak, terlalu banyak meminta, merendah- rendahkan suami, membandingkan suaminya dengan lelaki lain dan memaki hamun suaminya. Sekiranya anda bersifat demikian, walau bagaimana kenalpun anda kepada suami anda, anda bukanlah seorang wanita yang bijak. Andalah yang mungkin menjadi penyebab mengapa suami anda merasa tertekan, tidak selesa, banyak berdiam diri, bermasam muka dan sebagainya lagi yang tidak menyenangkan anda. Andalah yang sepatutnya berubah.

Bertanggung jawab dan menikmati kesan tanggung jawab
Sebenarnya tanggung jawab wanita terhadap suaminya tidak akan berubah walaupun dunia ini makin maju. Begitu juga dengan tanggung jawab suami kepada isteri. Selagi anda menjalankan tanggung jawab anda dengan sempurna sebagaimana yang digariskan oleh agama, anda tidak perlu risau apa pun.

Kritikan akan membuahkan kritikan

Kritikan merbahaya kerana ia menjadikan lelaki defensif dan sedaya upaya ingin mempertahankan dirtinya. Ia juga bahaya kerana melukakan nilai diri lelaki. Menjejaskan rasa kepentingan diri. Dan menyebabkan lelaki merasa kecewa kepada anda dan mungkin akan mengkriti anda pula.

Beri kepada lelaki apa yang dia mahu
Dia akan melakukan apa saja untuk anda dan memberi apa yang anda mahu. Ada dua perkara besar yang dimahukan oleh lelaki (i) kehendak seks, dan (ii) kehendak untuk mejadi penting. Setiap orang dewasa mahukan kesihatan, makan, tidur, wang,anak-anak yang terjaga, rasa dipentingkan dan hidup yang bahagia dunia dan akhirat. Berilah lelaki apa yang dia mahu dan apa yang boleh anda berikan.

Tunjuk minat tulen terhadap lelaki

Dia akan menujukkan minat terhadap anda. Dengar apa yang ingin dikatakannya, walaupun ianya tentang dirinya sendiri, juga mengenai kerjanya ataupun kesukaannya. Lebih berminat anda padanya, maka lebih berminatlah dia pada anda.

Senyum itu tanda kasih yang tak perlu dibayar
Anda tidak perlu membayar apa-apa untuk senyum pada lelaki yang anda kasihi. Dia akan senyum kembali pada anda. Betapa nikmatnya senyuman yang dilemparkan pada anda itu, begitulah juga nikmat yang dirasanya apabila anda senyum padanya. Senyum menyebabkan lelaki suka pada anda.

Panggillah lelaki dengan panggilan manja
Sebagaimana anda mahukan lelaki memanggil anda dengan nama yang baik dan nada lembut, begitu pula lelaki. Dia mahukan anda memanggilnya dengan lembut, merdu dan manja, sesuai dengan sifat anda sebagai wanita.

Hormati dia sebagai lelaki
Dia akan menghormati anda sebagai wanita. Jika anda berusaha untuk memahami sikapnya, dan bertolak ansur dengannya, dia juga akan melakukan perkara yang sama terhadap anda. Wanita patut menghormati lelaki yang menjadi suaminya, dan memberi penghormatan tidak akan merendahkan kehormatan diri sendiri, malah menjadi diri lebih terhormat.

Dunia Lelaki Yang Berbeza Dari Wanita
Seorang lelaki tidak sama dengan seorang wanita. Lelaki juga tidak akan menjadi wanita, dan begitulah sebaliknya. Ramai wanita menganggap lelaki sukar difahami, begitu jugalah pendapat lelaki. Berikut dinyatakan bebarapa sifat lelaki secara umum agar anda mudah memahami mereka:

Hidup lelaki lebih mudah
Lelaki lebih mudah cara hidupnya berbanding dengan wanita. Kerana itu lelaki sukar untuk memahamijika sesuatu perkara itu disampaikan dalam bentuk kiasa oleh wanita. Wanita suka berkias dan berharap lelaki faham. Tetapi, lelaki lebih suka jika ianya dijelaskan dengan bahasa yang mudah, dan secara berterus-terang. Sekiranya wanita tidak jelas mengenai sesuatu perkara, tanyalah secara terbuka kepada lelaki.

Bahasa lelaki adalah berlainan
Lelaki bercakap dengan bahasa yang berlainan. Ini yang menyebabkan lelaki dan wanitasukar berkomunikasi antara satu sama lain. Apa yang lahir dari kata-katanya jika dia bercakap dengan wanita, adalah berbeza daripada apa yang dimaksudkan. Ini bukan bererti dia berbohong. Maka adalah lebih baik bagi wanita untuk memahami lelaki dari apa yang dilakukan berbanding dari apa yang dikatakan. Lelaki tidak pandai melahirkan rasa hatinya dalam bentuk kata-kata.

Lelaki suka membisu
Wanita berkebolehan untuk membicarakan sesuatu subjek yang sensitif dan mendukacitakan sebagai salah satu cara berhadapan dengan realiti. Tetapi lelaki lebih suka untuk menyembunyikan dan membisu.

Lelaki tidak kompleks
Jika terdapat semua tanda yang menunjukan bahawa seorang lelaki hanya mahu wanita menjaganya, mengemas rumah, menyediakan makanan untuknya, wanita harus percaya bahawa itulah yang lelaki tersebut mahu. Ini bukan bererti lelaki berfikiran primitif, tetapi lelaki memag sedemikian. Wanita selalu menganggap lelaki sebagai kompleks, tetapi sebenarnya kehendak lelaki adalah mudah.

Jangan paksa lelaki
Bila wanita mendesak lelaki mendedahkan perasaanya, mungkin wanita itu akan mendedahkan sesuatu yang wanita itu tidak suka mendengarnya. Malah adalah lebih baik jangan bertanya dan menyelidik sampai ke akar umbi. Malah apa yang penting wanita itu perlu membaca bahasa badan lelaki, matanya, atau perubahan mendadak dalam corak perlakuannya. Jika dia pada kebiasaannya suka membaca tetapi tidak melakukannya, mungkin pada masa itu fikirannya sedang kacau.

Lelaki berahsia dengan lelaki lain
Tidak sebagaimana wanita yang lebih mudah untuk bercerita masalah yang dihadapinya kepada wanita lain, harapan dan kebimbangan yang dirasainya dan pelbagai cerita peribadi, adalah sukar bagi lelaki untuk menjadi mesra secara verbal sedemikian rupa. Untuk melakukannya lelaki memerlukan kekuatan dan keberanian yang maksima.

Lelaki pentingkan kejujuran
Sepertimana wanita, lelaki juga pentingkan kejujuran. Jika lelaki tahu yang kekasihnya atau isterinya suka bercerita kepada wanita lain tentang dirinya, besar kemungkinan lelaki itu tidak akan bercerita lagi secara mesra mengenai hal-hal rahsia yang lainnya. Kejujuran adalah penting bagi lelaki. Seorang suami mahu ist engan cara berjenaka dan lembut. Cara lelaki mengkritik adalah berlainan dan ia jarang dilakukan oleh wanita. Bila lelaki mahu mengkritik, masa dan keadaan dipilih dengan teliti. Bila menegur, perbincangan itu ringkas, tidak emosi dan tepat.

Untuk mengkritik lelaki eloklah kiranya kritikan itu digabung dengan sedikit pujian.erinya menyimpan rahsia-rahsia rumahtangganya.

Lelaki Perlu Keselesaan Perasaan

Wanita sering menganggap lelaki sukar difahami. Sebenarnya ini juga anggapan lelaki pada wanita. Berikut dinyatakan beberapa sifat umum lelaki agar kita lebih memahaminya.

Lelaki tidak suka dikritik
Jangan mengkritik lelaki, memainkan jika wanita itu bersedia untuk bertikan lidah dengannya. Lelaki tidak begitu terbuka untuk menerima kritikan. Mengkritik di belakannya, contohnya kepada saudara atau rakannya, mungkin dapat mengelakkan konfrantasi serta merta tetapi dia akan berasa marah juga apabila perkara tersebut disampaikan kepadanya.


Mengapa dicari secantik Balqis, andai diri tidak sehebat Sulaiman..Mengapa mengharap teman setampan Yusof jika kasih tidak setulus Zulaikha..Mengapa mengharap teman seteguh Ibrahim andai diri tidak sehebat Siti Hajar..Mengapa didambakan teman sehidup yang sempurna Muhammad jika ada keburukan pada diri..Bimbinglah dirinya dan terimalah kekurangan itu sebagai keunikan..Carilah kebaikan itu pada dirinya. Bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya dan berdoalah dia milikmu... 






Amacam??agak2 ada yg blh digunapakai tak???ahaks..tapi bagi aku kita dalam hubungan ni kena give n take n yg penting kejujuran la... takkan perempuan je nak paham laki kan?


Sunday, October 23, 2011

Deepavali~

Posted by Myfish is CoOL at 4:29 AM 0 comments

deepavali dah nk dekat.makin meriah aku tgk kaum india nak sambut deepavali.
cantik tak ?ni aku nampak time kat lrt bangsar,meriah tol





ha,,,yang ni lak kat lrt masjid jamek star line,meriah tol.aku tak tahu kat mana lagi ade,coz nak cakap semua aku peri lrt plaza rakyat tkde pun,



ni aku selitkan satu iklan kreatif.,dijumpai di stesen lrt star masjid jamek.huhu..cam real je aku tengok.kan?kan?atleast ade jugak peningkatan iklan2 kat Malaysia ni

ok guys selamat mnyambut Deepavali!

Tuesday, October 18, 2011

kenangan...suka suki~

Posted by Myfish is CoOL at 6:41 AM 0 comments
\


hai,hari ni aku upload kan gambar2 aku dgn kawan2 mbsb aku..


haa...yang kanan sekali lagi tu kat aishah...dah berhenti jadi cikgu.baju warna pink tu fitriah,tudung merah kecil2 tu ezee kecil yang baju kelabu tu fatin ain,tudung oren lak zetty.smua dah berpunya k kecuali aku,fatin n fitriah,hihihi
guys..i promote u ollss...moga2 dapat jodoh cepat2..hihi






yaaahhhh sporting tak kami?dah mcam kanak2 ribena kat gmbar belakang tu.haha




haaa bergaya tak kitorang?hihihi.ada nampak yang lain tak kat tengah2 tu?tu cik eila,cun tak?antara yang ter'hoT' kat opis aku dulu.tapi dia pun dah pindah..huhu..really miss u;(



                                                cAM model tak jadi~ahaks



                                        
                                               flying kiss satu~ahaks








                                                                 
                                                   MEOWWW!!UPPSSS....



so blah dulu,haha,dah mcam ape dah kau eila!ahaks.kitorang otak sporting beb! enjoy subway.
hmm...tak tahulah sampai bila lagi kita akan bersama...aku tetap doakan yang terbaik untuk korang!korang yang paling besh!

Friday, October 14, 2011

model~kiki adam

Posted by Myfish is CoOL at 5:56 AM 0 comments
 salam..hari ni saja aku nak update gambar kenangan Nur Aqliah dan muhammad Adam time diorang kecik2 dulu..super cute!





 adam time kecik




tepuk amai-amai












nyum2 nyum


















my sistah their mom





Wednesday, October 12, 2011

nervous

Posted by Myfish is CoOL at 5:48 AM 0 comments
hmmm aku tak tahu nak luahkan kat sape sebenarnya..
aku neves nk operate gigi ni='(
bayangkan lah jmpa doctor pun takot ni kan pula nak operate gigi!
Ya Allah permudahkanlah segalanya ...Amin...

Sunday, October 9, 2011

gigi bungsu+operate

Posted by Myfish is CoOL at 11:34 PM 0 comments
tidak!!!!!!!
waaaa kenape MyFisH menjerit ni???
nak tahu nape???
ni  jwpn nya,
GIGI BUNGSU BERLUBANG KENA OPERATE.
tidakk!!!sekali lagi MyFisH rse nk menjerit.

tadi aku pergi klinik gigi lepas gusi aku bahagian atas sakit sampai aku susah nak makan.
doctor check tapi tibe2 doctor kate gigi bungsu aku berlubang!dan kena operate a.k.a kena buang!sekali doctor ketuk gigi bungsu ujung kanan bawah terus aku rasa sakit yang teramat!

huhu...nape jadi begini?padahal gigi2 aku yang lain tkde yang berlubang pun.

'"jangan tanya kenapa,sebab awak tak jaga gigi awak.ini gigi bungsu tak boleh tampal.kena operate cabut."doctor perempuan india tu cakap.huhu.so dia soh aku refer HKL secepat mungkin,adoi mak...nerves ni.nak menyesal pon dah tak guna dah sekarang.banyak pulak penyakit aku ni,tabahkan lah aku Ya Allah..





kaunter pendaftaran dan tempat menunggu  
angka giliran

harap2 aku akan ceria camni lagi...


Wednesday, October 5, 2011

Ronggeng-ronggeng MOVIE:AbduCtioN & Killer Elite

Posted by Myfish is CoOL at 8:25 AM 0 comments
hola! aku nak review movie yang aku tengok tadi ABDUCTION dan KILLER ELITE(KE)

ok first aku nak review movie ABDUCTION.ok guys cerita ni aku tak expected sangat lah nak menonton coz aku pun tak minat sangat pelakonnya tapi takde pilihan aku tengok jugaklah...tapi beb serius sangat besh!memang tak rugi! mengisahkan seorang remaja lelaki nathan(taylor lautner.ala second hero serigala dalam filem twilight tu) yang terperangkap dengan konspirasi antara CIA dan orang jahat.kira dua2 buru dia untuk dapatkan malumat rahsia dan secara tidak sengaja dia terlibat,aksi kejar mengejar yang wat aku nervous,

aku nak bg 10 markah pada mulanya tapi aku potong 1 markah sebab tajuk nya macam tak sesuai.ABDUCTION?ku pikirkan pasal alien tp takde pun alien nya.huhu..tak rugilah kalo korang tengok pun..berbaloi2

hero nsem.yey!



ok ..untuk movie KE lak aku rasa tak besh.bagi aku la..so aku taknak review(first time tengok wayang mcm nak tertido),walaupon banyak aksi tapi bosan..aku bagi 5 markah je


Killer Elite

demam sakit gigi + darah tinggi

Posted by Myfish is CoOL at 7:57 AM 0 comments
yo salam wassup wassup!

hari ni merupakan hari yg agak panjang bagi aku.nape?ha,fatim ade darah tinggi???wait2 guys,relax okay aku pon terkejot gong badak gak tadi.cmni citer nye...

aku memang rase tak sihat sjak akhir2 ni selalu je kena hujan lagi gigi bongsu aku nak tumbuh so memang sakit lah aku ni.so aku pun pergi klinik kerajaan dekat area kerinchi,sekali jumpa lak doktor yang agak ehem..ehem..pepaham jelah(ensem la weyh pe lagi).hihi.dulu tak silap aku doktor ni pendiam je.tapi tadi banyak cakap lak. dia checkaku seperti biase..tapi bila aku cakap nak ubat tahan sakit dia suruh aku check tekanan darah,

dum dap dum dap..aku pun pergi check.skali kau 144!tinggi beb!(doktor kate.aku percaya je.hihi)

"awak makan maggi selalu eh?"doktor tu sergah aku.
"eh mane de.dah lama tak makan"cepat2 aku kalis.memang aku dah lama kot tak makan maggi

"bahaya awak ni.muda2 lagi dah ada darah tinggi.awak kena jaga pemakanan awak.jangan makan makanan berlemak,bergoreng,masin2.makan yang rebus atau bakar je banyak.bla..bla..bla..biasenya darah tinggi ni puncanya genetik(KETURUNAN) tapi tu hanya 25% shaja.yang lain adalah stress dan gaya hidup kamu ye dik(alamak dia pangil aku adikla,hihi).terutamanya daripada segi pemakanan kamu.bla..bla..bla.."doktor tu membebel kat aku..

hurm..aku termangu seketika..memang aku mengaku aku sejak akhir2 ni makan ikut sedap citarasa aku je.huhu...semua aku balun mostly yang berlemak2 ni.adoi..baru rase menyesal!
so sekarang aku kena kawal pemakanan aku.kena elakkan makanan2 yang kolesterol tinggi.aku tak nak lah kena penyakit lain lagi.cukup lah aku ade asma.so tadi pergi mid vally aku beli oat+biskut oat+honey star.ni bekalan untuk makan malam aku.

doktor pulak suggestkan aku check tekanan darah 2 minggu sekali sebagai pemantauan.
aku harap cepat2 lah aku sihat.doakan aku ye pelangi dan mentari.thanks

opsss lupa pulak.tadi time kat mid vally ada show kedai ESPRITyang cawangannya baru dibuka kat mid vally.tengok pentas nya aku tertarik dengan van volkswagen lame.sangat kiut!

tadaaa..tengok cantik kan?

tu ada 2 van volkswagen.cantik tak?

ESPRIT


Ni time aku tunggu ubat kat klinik tadi

bilik rekod

pendaftaran

Tuesday, October 4, 2011

Aku nak gedik jugak jugak

Posted by Myfish is CoOL at 11:14 AM 0 comments
bosan bosan ni meh lar aku upload gambar2 aku haha

biru~    


ank2 buah,,kiki dan adam
  
=)   

see!MyFisH dah ade keluaran sndiri(voir laa=p)

Add caption       
gediknye aku!!!wahahahahahah!
 

Me Creez Daisy Tentang kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review