Sunday, December 10, 2017

my engagement

Posted by Myfish is CoOL at 3:55 PM




Hai salam semua...
Hari ni tergerak hati nak berkongsi pengalaman menguruskan majlis pertunangan aku dulu.
actually majlis nya dah lama sangat sekitar awal tahun 2014. dah banyak kali aku cuba nak kongsi tetapi kekangan masa, kekangan internet yang macam siput sedut menghalang aku hahah.  ini pun entah makan masa berapa lama nak siapkan.
  
        Pelamin mini kat atas tu DIY sendiri. jadi faham-faham je lah kenapa macam tak menarik je hahaha
sebenarnya kakak aku yang nak ada pelamin ni, ikutkan aku malas sebenarnya. jadi dia yang nak katanya ikutlah trend,jadi kain2 tu semua dia yang belikan dan abangipar aku pasangkan langsir/
kerusi tu pulak akubalut guna pistol stapler,tapi tulah tak senang rupanya nak buat semua ni. aku tabik dengan orang yang kerja buat pelamin sebab kreatif!

         Hantaran pun aku DIY sendiri. jenuh jugak memikir nak bagi apa supaya cukup 7 dulang berbalas 5 dulang. tapi masa tu aku memang dah bercita-cita nak letak crochet kaitan bentuk love aku kat setiap hantaran aku. warna pula? Bro J yang pilih. dia bagi aku warna pink sebab tahu aku suka pink dan aku pun takde lah nak menolak. untuk dia pula dia pilih warna hijau petronas. punya lah pening aku nak cari warna barang-barang hantaran seperti bunga yang berwarna hijau petronas ni/ last-last aku campur-campur je dengan warna turqoise sebab aku nak letak love aku tu hahahha. lagipun yang penting majlis berjalan lancar. hal-hal warna ni perkara remeh je. asal ada dah cukup okay lah kan?

Ini antara hantaran-hantaran aku:

Hantaran: Buah-buahan. tengook aku letak kaitan love aku

Hantaran 2: sireh junjung. terima kasih kepada jiran sebelah rumah yang tolong buatkan. kalau tak aku mesti dah blur dan menangis di bucu katil last-last minit buat tak jadi haha

Hantaran 3: Basikal. bakul nya penuh aku letak coklat

hantaran 4: cheese tart. terima kasih kepada kakak ku kerana menyumbang hantaran. ni pun last2 minit ni. kalau tak aku pun tak tahu nak letak apa?hahahha

hantaran 5: kain pelikat. idea dekorasi cari kat google. senang je yang ni

Hantaran 6: sejadah. ilham google. senang jugak 

Finally cukup 7 kan? hantaran kek. seriously memang cantik kek akak ni buat den pueh hati! warna pun dah ok la tu hijau petronas. dan tak lupa jugak pink kesukaan aku hahaha. masa ni memang puas hati tengok hasil tempahan kek ni. sampai ke kenduri kahwin (entri akan datang) aku order dengan orang yang sama
iniInii
Ini pula 5 hantaran daripada pihak lelaki. makcik Bro J memang pandai menghias hantaran. sebab tu semuanya cantik-cantik (bagi aku lah)



Hantaran 1: Sejadah

Hantaran 2: Sireh junjung hasil tangan Bakal Biras.

Hantaran 3: Coklat Fellelo lote hahahah

Hantaran 4: Telekung PINK!!! ada yang ingat baju kebaya haha 
Isi kotak kek. memang sedap makcik Bro J buat
juadah-juadah

Masa sarung cincin

Alhamdulillah selesai

Satu-satunya adik kesayangan ku . kahkah kah





Rombongan pihak lelaki

Anak sedara. kiki. dia pun sibuk nak bergambar






okay, Gambar aku pulak haha. nasyid kejap


Malas nak pakai spek. baju pun pakai baju raya tahun lepasnya
sebab kebetulan sama dengan warna hijau petronas haha. nasib baik sama
. senang keje aku. kalau nak beli baru gerenti pink aku ambil!

Berangan ambil gambar potret
Satu-satunya kawan aku yang datang/ kawan baik di universiti



          Aku mekap sendiri je sempena nak tunang ni sebab apa aku tak tahu? haha. masa tu macam malu pula rasa kalau bermekap- ni. Spek mata pun aku tak pakai. nak pakai contact lens aku takuttt... Oja pun tolong aku mekap-mekap tapi memang hasilnya pun muka aku nampak pelik kawan aku ada kata. yang paling susah mata aku makin sepet. haha.   

          Nak dijadikan cerita terjadi 1 perkara yang agak memalukan bagi aku. entah macam mana kakak aku kalut dan dia lagi nervous kot, perbincangan baru 3 minit kakak aku suruh aku keluar kata dah selesai nak sarung cincin. aku masa tu dengan oja dalam bilik master terkejut lah , aik cepatnya?. tapi dah kakak aku suruh keluar aku keluar . sekali belum selesai rupa-rupanya. mak aku pun pelik kenapa dah keluar ni? tapi tak boleh buat apa lah takkan nak patah balik. malunya rasa masa tu.

Alhamdulillah selesai juga aku update berkenaan tajuk ni. dah hampir 4 tahun kot aku nak update tapi banyak betul masalahnya. cerita pun dah lapuk. takpelah aku update bagi kenangan-kenangan je, 

p/s:btw, bunga tangan tu pun aku buat sendiri

0 comments:

Post a Comment

 

Me Creez Daisy Tentang kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review