Saturday, September 30, 2017

Save me, korean drama review

Posted by Myfish is CoOL at 12:10 PM
Baharu sahaja siap menonton kesemua episode drama korea terbaharu: Save me. pada mulanya aku menonton drama ni sebab pelakon lelaki utamanya ialah taecyeon 2 p.m. sepanjang pengalaman aku lakonan2 taecyeon agak menarik kerana drama2 yang dilakonkannya membawa genre yang berbeza daripada biasa. dan ternyata jangkaan aku tidak meleset untuk drama yang kali ini.
Save me, drama ni tiada langsung kisah cinta cinta atau fantasi( jikalau anda peminat setia drama goblin atau dots, mungkin anda kurang minat untuk menonton drama ini. tetapi jika anda peminat drama seperti defendant, signal or kill me heal me drama ini patut anda tonton!) . menariknya drama ini ianya mengupas tentang isu ajaran sesat yang merupakan isu yang biasa di dengar di mana2 sahaja. tentang Sang-mi, seorang wanita yang terperangkap secara tidak sengaja di dalam komuniti ini. desakan hidup menyebabkan keluarga Sang-mi kehilangan tempat tinggal dan hanya memiliki sebuah lori dan barang2 asas. Sang-mi beserta ibu bapa dan adik kembar lelakinya yang sering dibuli kerana kecacatannya terpaksa bergerak ke sebuah pekan ke sebuah pekan untuk bapanya mencari pekerjaan.
Akhirnya mereka berhenti di sebuah pekan Muji di mana di situ keluarga nya diberikan tempat tinggal di bangsal dan di situ juga merupakan tempat terletaknya sebuah gereja (Guseonwon) di atas bukit. pada asalnya gereja tersebut terlihat seperti gereja-gereja biasa, membantu dan membuat kerja amal. tetapi apa yang tidak dijangka bagaimana sebenarnya di sebalik operasi gereja tersebut terdapat pengamal2 nya menjadi taksub termasuklah bapa Sang-mi sendiri. 
Pada luaran terlihat tiada apa-apa yang pelik di geraja tersebut, sama seperti gereja-gereja lainnya.  Keadaan menjadi parah apabila adik sang-mi, iaitu sang jin bertindak membunuh diri akibat tidak tahan dibuli. Kematian Sang-jin sebenarnya di dorong oleh kata-kata Baek Jun-ki (ketua paderi) yang menyatakan bahawa sebuah kapal sedang menunggu dia untuk di bawa ke syurga selepas kematiannya). Sang-mi juga berasa kecewa apabila kawan lelaki sekolahnya di pekan tersebut  iaitu Sang-hwan tidak membantu dia ketika itu.
3 tahun berlalu dan Sang-mi masih lagi terperangkap di gereja itu dan ayahnya juga semakin taksub. di sini empat sekawan iaitu Sang-hwan, Dongcheol, Manhee dan Junghoon terjumpa Sang-mi semula dan Sang-hwan membuat keputusan untuk membantu Sang-mi melepaskan diri daripada cengkaman ketua paderi tersebut.
Jalan ceritanya mungkin biasa bagi anda tetapi garapan bagaimana keadaan sebenar yang menyebabkan orang tersesat dengan sesuatu ajaran boleh di peroleh daripada drama ini. Di mana tiada sesiapa pun yang mempercayai kata-kata Sang-mi, beribu-ribu kali dia dapat melarikan diri dari Gunseowon tetapi akhirnya dipulangkan semula oleh anggota polis bandar Muji kerana dikatakan dia dirasuk dan tidak dapat berfikir dengan waras. 
  Padahal pada hakikatnya semua itu bohong. Di mana Sang-mi memberontak keseorangan dan menghadapi tekanan apabila tiada seorang pun yang mempercayainya apatah lagi menyelamatkannya. Di mana Sang-mi terpaksa bertahan di Gunseonwon untuk memastikan ibunya selamat setelah ibunya menjadi separuh gila apabila diberikan ubat secara salah oleh ahli-ahli Guseonwon  yang memberikan kemudaratan untuk ibunya berfikir secara waras. Di mana Sang-mi dipaksa untuk menikah dengan ketua paderi tersebut (spirit wedding) dan ayahnya sendiri tidak pernah mempertahankannya kerana terlalu taksub untuk ke syurga. Dan pelbagai konflik lain lagi yang membuat anda berasa geram, marah, dan tidak lojik untuk diterima tetapi inilah sebenarnya norma yang terjadi pada realitinya.
Anda boleh menyaksikan drama ini untuk melihat bagaimana hanya dengan sekelumit harapan memberi sinar kepada Sang-mi untuk membebaskan dirinya.





0 comments:

Post a Comment

 

Me Creez Daisy Tentang kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review