Thursday, December 9, 2010

Mentari Hujan Pelangi

Posted by Myfish is CoOL at 6:02 AM
MENTARI

Mentari…
Pagi ia menyinari perlahan-lahan mengeluarkan cahaya,,
Mentari tak pernah leka dalam meniti kehidupan nya..
Berbekalkan segala ilmu yang pnh diajar,

Mentari,
Hidupnya penuh keceriaan,
Di sekeliling sentiasa ada yang menyayangi..
Sebut sahaja siapa?
Semua mereka akan menyayangi Mentari.

Kerana,
Gadis itu adalah Mentari..
Mentari yang menyinari pagi,sehingga terbitnya senja,
Mentari menyimpan cahaya untuk keesokkan hariNya..


HUJAN

Anak itu,

Anak  itu di mana?

Anak itu
Kenapa dibiarkan sendirian?
Kenapa seperti tidak dirasai kewujudan anak itu?
Anak itu
Tidak pernah mengharapkan sesuatu yang diingini olehnya,
Kerana anak itu tahu,
Selamanya dia akan sendirian,
Tiada siapa yang peduli keadiran dirinya..

Kasih..sayang?
Adakah anak itu tahu?adakah anak itu pernah merasakan rasa kasih dan sayang?
anak itu kisah? Tidak...
Anak itu sudah biasa,biasa dengan kehidupan dunia..
Dengan adam dan tatasusila manusia..
Tetapi,datanglah pada Anak itu,
Berikan dia apa yang sepatutnya..

Anak itu
Anak itu sendirian



PELANGI

24 jam 7 hari seminggu 30 hari sebulan 365 hari setahun
Itu belum lagi dikira minit serta saat bila Pelangi akan muncul?

Tetapi apabila ia muncul
ia seakan akan memberi keceriaan kepada segenap atmosfera..
dia senyum mengatakan gembira,
dia ketawa katakan suka,

cuba lihat Pelangi itu,
lihat betul-betul dalam hatinya..
kenapa ada air yang mengalir di situ?
Kenapa tiada penghujung punca terbentuknya pelangi?

Senyum Pelangi.
Jangan hilangkan senyum itu
Kerana senyuman itu tercipta untuk dirimu..

1 comments:

Kak Amy said...

Hai salam kenal..

Amy singgah sini baca entry dan follow , jemput ke sinar raudah ye..

Post a Comment

 

Me Creez Daisy Tentang kehidupan Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review